Saya Adalah Waris Mangsa!

Satu kemalangan baru sahaja terjadi. Pak Pandir ingin melihat kemalangan tersebut dari jarak dekat tetapi malangnya ia terlambat. Tempat tersebut sudah dikerumuni orang ramai.

Pak Pandir cuba memikirkan satu idea bagaimanakah dia dapat melihat kemalangan itu dengan lebih dekat.

Tiba-tiba Pak Pandir berteriak, “KETEPI-KETEPI…! SAYA ADALAH WARIS MANGSA…!”

Orang ramai yang mendengarnya kelihatan tercengang-cengang dan hairan. Namun mereka tetap memberikan laluan kepada Pak Pandir.

Sebaik sahaja sampai di depan, Pak Pandir ternampak SEEKOR BABI TELAH TERGOLEK DILANGGAR KERETA…

 

 

Komen Anda